SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Ditempatkan di tingkat 3 di bangunan Blok A PSS mempunyai keluasan 4 Bay. Di awal penubuhan PSS sekolah, keadaan infrastruktur PSS amat kurang dan serba kekurangan. Dengan bantuan serta sokongan Pegawai bahagian teknologi Pendidikan pada tahun tersebut iaitu Encik Johnny Chong dan disokong oleh Guru Besar Sekolah yang pertama Encik Sahat mat Zin PSS telah berubah wajah.
Apabila teraju pentadbiran sekolah berubah..Encik Husin Perumal telah mengembling tenaga dan memberi sokongan sepenuhnya kepada apa saja aktivti PSS maka nama PSS Sk.KG.Titingan mula disebut-sebut di peringkat daerah. Hasilnya PSS telah diberi pengiktirafan sebagai PSS cemerlang pada tahun 2002. Seerusnya PSS telah menyertai NILAM Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.
Pada tahun 2005 PSS telah diangurahkan Pengurusan NILAM terbaik daerah tawau dan sekali lagi menerima pengiktirafan tersebut pada tahun 2007. Kecemrlangan PSS di uji apabila dicalonkan menyertai pertandingan PSS peringkat negeri pada tahun 2004. Pencapaian PSS dalam beberapa aktiviti peringkat daerah turut mengekalkan kecemerlangan PSS sehingga ke hari ini..Terima Kasih kepada semua pihak terutama Pentadbir seperti Samiah Bujing..Puan Maimunah Ali Osman Pegawai PPBTP Tawau dan sekarang Encik Hasan Kadir yang terus memberi sokongan kepada apa saja aktiviti PSS samada di peringkat sekolah, daerah dan juga negeri.
Friday, 12 October 2012
SELAMAT DATANG KE BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH
13 OKTOBER 2012. (SABTU)- Pusat Sumber Sekolah dan Unit ICT sekolah Kebangsaan Kampung Titingan telah mengadakan Kursus Membina Blog untuk semua staf yang melibatkan guru-guru dan semua kakitangan bukan mengajar. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua stf menghasilkan blog masing-masing mengikut bidang tugas masing-masing. Seramai 60 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Encik Hasan Kadir Guru Besar Cemerlang Sek.Keb.Kg.Titingan, Tawau.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Penyelaras Guru Bestai Sekolah Encik Birma P. Tandra dan juga Juruteknik Sekolah Encik Rusdi Kamarudin. TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS ..ANDA TELAH MERUBAH MINDA ANDA MENJADI GURU DAN STAF YANG BERINOVASI DAN INGINKAN PERUBAHAN..
Kursus ini telah dikendalikan oleh Penyelaras Guru Bestai Sekolah Encik Birma P. Tandra dan juga Juruteknik Sekolah Encik Rusdi Kamarudin. TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA KURSUS ..ANDA TELAH MERUBAH MINDA ANDA MENJADI GURU DAN STAF YANG BERINOVASI DAN INGINKAN PERUBAHAN..
Subscribe to:
Comments (Atom)