SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan telah ditubuhkan pada tahun 1996. Ditempatkan di tingkat 3 di bangunan Blok A PSS mempunyai keluasan 4 Bay. Di awal penubuhan PSS sekolah, keadaan infrastruktur PSS amat kurang dan serba kekurangan. Dengan bantuan serta sokongan Pegawai bahagian teknologi Pendidikan pada tahun tersebut iaitu Encik Johnny Chong dan disokong oleh Guru Besar Sekolah yang pertama Encik Sahat mat Zin PSS telah berubah wajah.
Apabila teraju pentadbiran sekolah berubah..Encik Husin Perumal telah mengembling tenaga dan memberi sokongan sepenuhnya kepada apa saja aktivti PSS maka nama PSS Sk.KG.Titingan mula disebut-sebut di peringkat daerah. Hasilnya PSS telah diberi pengiktirafan sebagai PSS cemerlang pada tahun 2002. Seerusnya PSS telah menyertai NILAM Kebangsaan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.
Pada tahun 2005 PSS telah diangurahkan Pengurusan NILAM terbaik daerah tawau dan sekali lagi menerima pengiktirafan tersebut pada tahun 2007. Kecemrlangan PSS di uji apabila dicalonkan menyertai pertandingan PSS peringkat negeri pada tahun 2004. Pencapaian PSS dalam beberapa aktiviti peringkat daerah turut mengekalkan kecemerlangan PSS sehingga ke hari ini..Terima Kasih kepada semua pihak terutama Pentadbir seperti Samiah Bujing..Puan Maimunah Ali Osman Pegawai PPBTP Tawau dan sekarang Encik Hasan Kadir yang terus memberi sokongan kepada apa saja aktiviti PSS samada di peringkat sekolah, daerah dan juga negeri.
No comments:
Post a Comment